Welcome to my blog

Tuesday 12 February 2013

Semenjak menjadi surirumah

Hai ....saya blogger baru ..maklumla semenjak jadi surirumah sepenuh masa ni..harapnya blog ini dapat mengisi masa dan berkongsi pengalaman pahit manis dalam kehidupan saya seharian...
Sekarang saya lebih tenang dalam menguruskan rumahtangga,suami dan menjaga anak yang seorang tu..MELISSA NURADREENA (7 Tahun).Saya bangun seawal 6.15 pagi ,selepas solat subuh saya terus menyediakan sarapan hanya untuk suami.Suami saya seorang pemandu teksi dan beliau akan memulakan tugas pukul 7.00 pagi.Selepas suami keluar bekerja,saya mengemas rumah sementara menanti puteri kesayangan bangun.Kebiasaanya Melissa akan bangun pukul 8.00 - 8.30 pagi.Sarapan pagi Melissa mengikut citarasanya hari itu,jikalau dia nak roti bom,saya kena la bawa dia pergi ke kedai mamak,kalau nak nasi lemak,kena la cari gerai atau kedai makan yang ada jual nasi lemak..begitula sarapan Melissa.
Balik sarapan terus beli atau sediakan bahan untuk masak tengahari.Seterusnya.....masakkkkkk
Pukul 10.00 pagi hantar Melissa pergi mengaji,balik mengaji pukul 11.00 pagi suapkan Melissa makan dan terus bersiap untuk ke sekolah.Pukul 12.00 tgh hantar pula Melissa ke Sek.Keb.Cina Nam Heng Sri Alam,Masai.Dari pukul 12.00 tgh - 6.00 ptg ,saya free.....
Pukul 6.00 ptg ambil Melissa di sekolah,sampai rumah ....mandikan Melissa ,suapkan makan dan buat homework.Selalunya suami balik dalam pukul 8.00 mlm.Selepas suami makam malam,saya tidurkan Melissa pukul 9.00 mlm...saya free lagi...pukul 10 @ 11 saya dah mengantuk dan tidur....esok sambung lagi rutin hidup saya sebagai seorang suri rumah....


1 comment:

blabla